Tuesday, January 31, 2012

Jodoh

Bismillah…
Saya tidak pernah bercakap dengannya
Saya tidak tahu bagaimana suaranya
Saya tidak pernah bertentang mata dengannya
Apabila dia memandang saya, saya menundukkan muka
Apabila saya memandang dia, dia memalingkan muka
Orang bertanya….. bagaimana saya boleh menerimanya
Jawapan saya……… pertama kali memandang dia, hati rasa senang dan tenang
Orang bertanya….. tidak takut dan risaukah saya?
Jawapan saya…….. saya yakin Allah mendengar doa-doa saya
Saya berdoa keputusan ini adalah terbaik untuk saya dan dia
~Saya tidak lagi menoleh ke belakang…..~

Saya

Menulis dari hati..
Menulis dari rasa..
Menulis dari mata..
Mengungkap dengan cinta..
Melakar dengan waspada..
Berkongsi, saling mengingati
Dengan niat tulus di hati
InsyaAllah di bawah lindungan Illahi
~ Nukilan jari jemariku ~

Tuesday, November 30, 2010

Pandang ke depan...

Selepas menunaikan solat subuh, hujan turun menderu bagai menyuruh dirinya untuk kembali berbaring di atas tilam empuk itu, mendakap bantal yg disarungi kain yg sejuk, bagai memberitahu bahawa pagi itu sangat sentimental, sejuk dan mendayukan..

Selepas hujan mula pudar, hanya rintik2 membasahi jalan, dia menyelak jendela di biliknya. Dari situ, dia melihat pokok2 bunga hasil tanamannya begitu ceria, segar, seolah-olah sedang senyum kepadanya. "Pasti mereka puas mandi air sejuk pagi td!" bisik hatinya. Hatinya td yg terhibur melihat gelagat pokok2 bunga menjadi sayu tiba2, setelah terlihat si tua pengembala lembu. Si tua yg memakai but getah hitam, berlilit kain pelikat di kepalanya, di tangannya ada sebatang kayu yg digunakan untuk "mengajar" lembu2 yg degil. Dia terus memerhatikan pengembala lembu itu, memimpin lembu2nya berjalan tanpa menghiraukan hujan yg masih turun.

Entah kenapa dirinya begitu tersentuh. Melihat kegigihan si pengembala. Tiba-tiba dia cuba mengaitkan dirinya dgn pengembala tersebut. Selalunya dia merasa ada banyak perkara yg tidak patut terjadi dalam hidupnya, tanpa dia menyedari ada lebih banyak perkara yg tidak patut terjadi kepada org lain tetapi mereka tetap menghadapinya dgn tenang. Sedang dirinya selalu merungut tanpa sedar dan bertanya2 mengapa ini dan itu yg berlaku.

Setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya. Itulah kata2 yg sering bermain di dlm fikirannya ketika jiwa berceramuk. Kata-kata untuk menenangkan hatinya yg mungkin kalau tidak disejukkan boleh dibolak balikkan oleh syaitan durjana. Tp mmg pasti, hikmah Allah pasti akan ditunjukkan, cuma mungkin lambat, mungkin cepat.

Tersedar dr lamunan sendiri, barulah dia tersedar sang pengembala sudah hilang dr pandangan. Hujan kembali turun menderu. Cepat2 dia melihat jam di dinding. "Hari ini masih panjang, hidup masih perlu diteruskan", bisik dirinya. Segera dia meluru ke tangga dan bergegas turun untuk melaksanakan tanggungjawabnya seperti hari2 sebelumnya. Di dalam fikirannya masih terbayang tubuh gigih si pengembala. "Mungkin hikmahnya menjadi pengembala, setiap hasil jualan lembunya bernilai ribuan ringgit. Wah, pakcik kayo lah gitu!", dia tersenyum sendiri...